Carian
Realme 3/3 Pro Menerima Kemaskini Tampalan Sekuriti Mac 2020
March 25, 2020 Fahim Zahar

Realme 3 Pro dilancarkan di Malaysia pada bulan Mei tahun lepas dengan skrin 6.3″ dan dijana Snapdragon 710. Realme 3, iaitu adiknya dilancarkan terlebih dahulu pada bulan Mac 2019 dengan skrin 6.22″ dan cip Helio P60. Terdapat satu lagi model yang lebih rendah spesifikasinya dan lebih murah jualannya, Realme 3i – namun ia tidak dijual di Malaysia.

Terkini, ketiga-tiga peranti ini telah menerima kemaskini tampalan sekuriti bulan Mac 2020. Untuk Realme 3 hanya pepijat sahaja dibaiki sedikit dan memastikan stabiliti sistem lebih baik. Pada Realme 3 Pro, terdapat lebih banyak perkara dikemaskini – berikut adalah senarai log perubahan;

  • Kesan audio dalam permua dioptimasikan
  • Membaiki kebarangkalian masalah pada animasi boot.
  • Membaiki masalah kebarangkalian aplikasi pihak ketiga tersangkut
  • Penggunaan kuasa sistem dioptimasikan
  • Membaiki masalah membeku akibat pengurusan memori yang lemah
  • Membaiki masalah imej/tangkapan imej tidak terpapar selepas mengemaskini sistem peranti.

Disebabkan Realme 3i tidak dilancarkan di Malaysia, saya tidak akan senaraikan perkara yang dikemaskini. Untuk Realme 3 dan Realme 3 Pro, kemaskini akan diedarkan secara berperingkat. Beberapa pengguna akan menerimanya terlebih dahulu sebelum diedarkan secara lebih meluas.

Nama kemaskini untuk Realme 3 Pro adalah RMX1851EX_11.C.04, manakala Realme 3 pula adalah RRMX1821EX_11.A.26. Semak notifikasi anda dan tetapan di bahagian kemaskini untuk muat turun dan pasang.

Sumber, Komuniti Realme [1], [2]

Komen