Samsung Galaxy A31 Dilancarkan – Kuad Kamera Dan Bateri 5000 mAh

Samsung Galaxy A31 Dilancarkan – Kuad Kamera Dan Bateri 5000 mAh

Diterbitkan pada Mac 25, 2020 oleh .

Samsung Galaxy A31 telah dilancarkan secara rasmi semalam dan ia sebuah lagi peranti kelas pertengahan dari Korea Selatan. Peranti ini dilengkapi skrin 6.4″ SAMOLED FHD+ yang dipadankan dengan pemproses lapan teras yang tidak dinyatakan. Tetapi berdasarkan beberapa ujian penanda aras yang tertiris, ia besar kemungkinan adalah MediaTek Helio P65.

Memori ditawarkan sehingga 6GB manakala storan pula sehingga  128GB dengan sokongan kad mikroSD sehingga 512GB. Sebuah bateri sebesar 5000 mAh disertakan tetapi sekadar menyokong pengecasan 15W menerusi port USB-C.

‘Kuad kamera utama menggabungkan sensor 48+8+5+5 Megapixel yang menyokong lensa sudut lebar, ultra sudut lebar, makro dan kedalaman. Pada bahagian hadapan sensor sebesar 20-Megapixel diletakkan di dalam takuk Infinity-U.

Peranti ini turut hadir dengan pengimbas cap jari dalam skrin dan sokongan Samsung Pay. Tiada maklumat mengenai tarikh atau harga jualan pada waktu ini. Samsung Galaxy M31 yang baru beberapa hari yang lalu dilancarkan di Malaysia ditawarkan pada harga RM1099. Peranti tersebut mempunyai saiz skrin lebih besar, kamera utama lebih kecil, bateri berkapasiti lebih tinggi tetapi dilengkapi pemproses Exynos 9611 yang lebih berusia.



TIPS & ULASAN