Carian
Google Dan Qualcomm Memperkenalkan Android GPU Inspector Untuk Memudahkan Pembangunan Dan Optimasi Permua
March 25, 2020 Nazrin

Sewaktu acara Snapdragon Tech Summit yang diadakan di Hawaii pada tahun lepas, Qualcomm mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan ciri kemaskini pemacu grafik pada siri cip grafik Adreno yang baru dilancarkan untuk memastikan pengguna peranti boleh bermain permua terbaru dengan lancar, seakan kad grafik pada komputer.

Qualcomm baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah bekerjasama dengan Google untuk membangunkan aplikasi Android GPU Inspector iaitu sebuah aplikasi untuk pembangun yang membolehkan mereka mengoptimasikan permainan mudah=alih (permua) yang sedang dibangunkan dengan lebih mendalam.

Ini termasuklah memperlihatkan prestasi dari segi kadar segar semula, sokongan HDR, dan juga kualiti grafik dalam sesebuah permua. Bukan itu sahaja, pembangun permainan juga boleh menghantar maklum balas kepada pihak Google ataupun Qualcomm untuk mengoptimasikan lagi pemacu grafik Adreno.

Walaupun aplikasi Android GPU Inspector ini dibangunkan bersama-sama dengan Qualcomm, nampaknya ia juga akan menyokong cip-cip pemprosesan grafik dari pembuat cip yang lain.

Akan tetapi, ciri kemaskini pemacu grafik peranti hanya diperkenalkan oleh Qualcomm, jadi terdapat kemungkinan bahawa cip-cip lain tidak akan mendapat penggunaan optimum daripadanya buat masa ini.

Komen