YouTube Music Kini Menyokong Paparan Lirik Pada Peranti Android Dan iOS

YouTube Music Kini Menyokong Paparan Lirik Pada Peranti Android Dan iOS

Diterbitkan pada Mac 25, 2020 oleh .

Sokongan paparan lirik pada antaramuka YouTube Music diumumkan pada bulan Februari yang lalu sebelum diberikan secara berperingkat pada peranti Android awal bulan ini. Hari ini Google mengesahkan fungsi memaparkan lirik kini disokong pada kesemua aplikasi Android dan iOS.

Untuk memaparkan lirik tekan ikon (!) pada skrin pemain muzik yang sedang didengari. Lirik akan dipaparkan pada bahagian bawah skrin muzik yang didengari sekiranya ia ada di dalam pangkalan data YouTube Music. Kami menyedari pada waktu ini lirik dari artis barat lebih mudah ditemui berbanding artis popular tempatan. Untuk menikmati fungsi ini sila kemas kini aplikasi ke versi terkini. Sokongan lirik untuk versi web masih belum diumumkan oleh YouTube pada waktu ini,



TIPS & ULASAN