Cari @ Amanz

Penggunaan robot di rumah bukan lagi fiksyen sains siri kartun The Jetsons. Ia mungkin tidak kelihatan seperti manusia tetapi robot vakum telah digunakan secara meluas di negara kita hampir setengah dekad. ILIFE ialah antara syarikat yang menjual beberapa robot vakum mereka di Malaysia. Sempena ulang tahun ke-8 Lazada pada 27 Mac kelak mereka akan menawarkan beberapa robot mereka pada harga runtuh.

Antara tawaran menarik ialah LIFE W400 Floor Washing Robot yang biasanya dijual pada harga RM2208 akan ditawarkan pada harga serendah RM849 sebuah. Robot ini bukan sahaja mempunyai kemampuan sebagai penyedut hampagas malah boleh melakukan mengemop lantai yang kotor,

Model yang paling mampu milik mereka iaitu ILIFE V58 Robot Vacuum Cleaner yang biasanya dijual pada harga RM996 akan ditawarkan pula pada harga serendah RM359 sebuah. Selain dua model ini, tiga model lain iaitu V55 Pro, V7s Plus dan V8s turut ditawarkan pada harga lebih mampu milik bersama dengan vakum konvensional nirwayar H50.

Produk-produk ILIFE di atas akan hanya ditawarkan pada harga menarik ini bermula tengah malam sehingga 2 pagi sahaja pada 27 Mac. Memandangkan ramai di kalangan anda kini duduk di rumah dan tidak perlu ke pejabat, bersengkang mata untuk tawaran menarik tidak mendatangkan masalah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd