KKM Sedang Membangunkan Aplikasi Mengesan Kontak Pesakit Covid-19

KKM Sedang Membangunkan Aplikasi Mengesan Kontak Pesakit Covid-19

Diterbitkan pada Mac 25, 2020 oleh .

Sudah masuk hari kelapan Perintah Kawalan Pergerak (PKP) dikuatkuasakan di Malaysia bagi menentang penyebaran wabak Covid-19. Malang sekala tempoh ini dilancarkan dua minggu lagi sehingga 14 April 2020. Ramai yang kini berfikir dua kali sebelum keluar kerana kombinasi ditahan oleh pihak berkuasa dan risiko kontak dengan individu yang telah dijangkiti.

Bagi memudahkan proses mengesan kontak pesakit-pesakit ini di Malaysia, sebuah aplikasi kini sedang dibangunkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pembangunan aplikasi telah diumumkan oleh Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi ciapan Twitter beliau hari ini. Aplikasi akan memberikan amaran kepada pengguna sekiranya mereka mungkin berada berdekatan dengan pesakit Covid-19. Tambah beliau aplikasi ini adalah perlu terutamanya selepas tempoh PKP.

Tidak diketahui bilakah aplikasi akan dilancarkan pada waktu ini. Tetapi berkemungkinan besar mempunyai fungsi yang sama seperti aplikasi TraceTogether yang dilancarkan kerajaan Singapura minggu lalu. Untuk menggunakannya, bluetooth perlu diaktifkan sepanjang masa bagi menjejak lokasi dan kedudukan peranti lain.

Setakat ini TraceTogether telah dimuat turun hampir 700,00 kali. Kerajaan Singapura juga menawarkan kod sumber TraceTogether secara percuma untuk kegunaan negara lain bagi menentang wabak.


TIPS & ULASAN