Instagram Membawa Ciri “Tonton Bersama” – Membolehkan Anda Menonton Kandungan Instagram Bersama Rakan Secara Maya

Instagram Membawa Ciri “Tonton Bersama” – Membolehkan Anda Menonton Kandungan Instagram Bersama Rakan Secara Maya

Diterbitkan pada Mac 25, 2020 oleh .

Instagram hari ini telah memperkenalkan sebuah lagi ciri baru pada aplikasi mereka, dinamakan sebagai “Co-Watching” atau “Tonton Bersama”.

Melalui ciri ini, pengguna boleh menggunakan sokongan panggilan video pada Instagram dan menggunakannya dalam menonton dan melihat kandungan serta perkongsian Instagram bersama-sama rakan lain.

Instagram Co-Watching

Dengan langkah ini, anda boleh membincangkan berkenaan sesuatu kandungan, atau berinteraksi dengan rakan lain dengan mudah pada masa-nyata – berbanding meninggalkan komen. Malah, dengan situasi perintah kawalan pergerakan kini, ciri ini mungkin amat diminati ramai – sekaligus memastikan anda kekal berhubung dengan rakan-rakan anda yang lain.

Ciri baru ini diperkenalkan secara berperingkat, dan boleh diakses melalui ikon “Video Chat” pada Instagram Direct.



TIPS & ULASAN