Realme di India sebelum ini telah pun mengatakan yang mana mereka akan menawarkan siri baru dibawah Realme, dinamakan Narzo. Pada awalnya, ia dijadualkan untuk pengenalan pada 26 Mac 2020 ini, tetapi kini dengan perintah kawalan pergerakan di India, acara berkenaan ditangguhkan.
Sebelum ini, Realme telah mengacah kehadiran Narzo 10 dan juga Narzo 10a. Peranti ini mungkin eksklusif untuk pasaran India, memandangkan beberapa desas-desus mengatakan ia berkemungkinan adalah peranti Realme 6i dan Realme C3 yang dijenamakan semula untuk pasaran India.
Buat masa ini, Realme tidak menyatakan tarikh pelancaran baru untuk siri Realme Narzo ini di India.