Platform Derma Spotify COVID-19 Music Relief Dibangunkan Untuk Ahli Muzik Yang Memerlukan Bantuan

Platform Derma Spotify COVID-19 Music Relief Dibangunkan Untuk Ahli Muzik Yang Memerlukan Bantuan

Diterbitkan pada Mac 26, 2020 oleh .

Spotify ialah platform penstriman lagu yang memperlihatkan muzik oleh bukan sahaja artis-artis yang popular, tetapi juga ahli-ahli muzik yang mempunyai peminat di platform-platform yang lain.

Terkini, Spotify telah memperkenalkan sebuah ciri pendermaan dikala wabak COVID-19 yang sedang membelenggu dunia sekarang yang dinamakan Spotify COVID-19 Music Relief.

Melalui projek ini, Spotify bekerjasama dengan MusiCares, PRS Foundation, dan Help Musicians untuk membangunkan dana bagi ahli-ahli muzik yang memerlukan bantuan di saat yang genting ini.

Spotify berkata bahawa mereka akan memadankan setiap derma yang diberi 1:1, sehingga $10 juta, dan mereka juga akan bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan muzik lain di seluruh dunia untuk memastikan dana tersebut boleh diagihkan kepada lebih ramai orang.


TIPS & ULASAN