Cari @ Amanz

Jam Tangan Realme Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi – Rekaan Seumpama Apple Watch

Oleh Aman

Link Copied!

Realme telah mengatakan sebelum ini yang mana mereka akan hadir dengan jam tangan pintar tersendiri tidak lama lagi. Kini, menjawab beberapa pertanyaan peminat, Realme mengatakan mereka akan melancarkannya tidak lama lagi.

Realme Smartwatch

Melalui perkongsian ringkas, jam tangan pintar berkenaan turut dipertontonkan secara ringkas. Daripada apa yang dilihat, ia kelihatan membawa rekaan seumpama Apple Watch.

Berkemungkinan juga kita akan melihat ia menawarkan rekaan seumpama Oppo Watch, tetapi pada harga lebih kompetitif – memandangkan Realme adalah sub-jenama untuk Oppo.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai Realme Smartwatch ini tidak lama lagi.


Komen ()