Royole Flexpai 2 Diperlihatkan Dengan Skrin Lipat Tanpa Lekuk Dan Snapdragon 865

Royole Flexpai 2 Diperlihatkan Dengan Skrin Lipat Tanpa Lekuk Dan Snapdragon 865

Diterbitkan pada Mac 26, 2020 oleh .

Status sebagai syarikat pertama melancarkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat adalah milik Royole. Royole Flexpai dilancarkan beberapa bulan lebih awal daripada Samsung Galaxy Fold. Sungguhpun menjadi pelopor teknologi ini, jualan peranti mereka adalah amat terhad. Tetapi di acara khas mereka selama, Royole telah berkongsi spesifikasi untuk Flexpai 2 yang akan dilancarkan kelak.

Pertama sekali ialah penambahbaikan pada teknologi skrin 7.8-inci boleh lipat mereka. Teknologi yang digunakan pada mekanisme lipat Cicada Wing generasi ketiga dikatakan dapat mengelakkan kesan lipatan seperti yang dilihat pada Galaxy Fold, Z Flip dan Mate Xs.

Menurut mereka lagi tahap keterangan dan penghasilan warna lebih baik turut boleh dinikmati pada skrin OLED terkini mereka, Dalam ujian yang telah dilakukan, mekanisme Cicada Wing generasi ketiga juga tahan dilentur sehingga 200,000 kali.

Royole Flexpai 2 turut akan menggunakan cip Snapragon 865, memori LPDDR5, storan UFS3.0 dan sokongan rangkaian 5G global. Maklumat mengenai spesifikasi kamera masih belum dikongsi pada waktu ini. Akhir sekali Royole telah mengumumkan teknologi skrin boleh lipat mereka akan digunakan pada peranti keluaran ZTE pada tahun ini.


TIPS & ULASAN