Custom ROM LineageOS 17.1 Berasaskan Android 10 Akan Tiba Tidak Lama Lagi

Custom ROM LineageOS 17.1 Berasaskan Android 10 Akan Tiba Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mac 26, 2020 oleh .

LineageOS adalah pengganti kepada CyanogenMod. Ia adalah custom ROM sumber terbuka yang dibina berasaskan AOSP. Disebabkan ia sumber terbuka, pembangun bebas membina ROM tersendiri dengan menambah segala fungsi dan ciri unik atau guna sahaja kod tersebut untuk dijadikan ROM stabil seperti sistem operasi berasaskan AOSP.

Android 10

Sudah lama LineageOS 16.1 tiba. Ia dibina berasaskan Android 9.0 Pie. Akhirnya di laman Github pelayan binaan untuk versi ini telah dimatikan. Ini adalah untuk memberi laluan kepada LineageOS 17.1 iaitu binaan berasaskan Android 10 pula. Jadi mana-mana peranti yang disokong secara rasmi, tidak lagi akan menerima kemaskini rasmi LinageOS untuk Android Pie.

LineageOS 17.1 Android 10 sudah pun hadir sejak beberapa bulan lalu. Namun ia hanya berdasarkan kod-kod dari pelayan yang belum lengkap. Dengan pihak LineageOS melengkapkan kod Android 10 mereka, kelak akan ada versi penuh dengan sokongan rasmi untuk binaan Android 10 ini.

Peranti-peranti yang disokong setakat ini adalah peranti-peranti yang lama sahaja. Tidak kelihatan langsung dalam senarai untuk peranti-peranti baru. Ini adalah berita baik dan berita buruk. Baik untuk peranti lama yang pengeluar sudah hentikan sokongan kemaskini. Buruk bagi peminat custom ROM yang menggunakan peranti terkini.


TIPS & ULASAN