Google Play Movies Mungkin Akan Sertakan Tontonan Filem Percuma Dengan Iklan

Google Play Movies Mungkin Akan Sertakan Tontonan Filem Percuma Dengan Iklan

Diterbitkan pada Mac 26, 2020 oleh .

Google Play Movies adalah platform penstriman video dari Google. Ia bukan seperti YouTube, kerana semua kandungan dalam Play Movies perlu dibeli atau disewa. Kandungan yang disediakan dalam Play Movies ini adalah yang terkini atau juga yang lama. Harga sewa paling murah adalah RM4 jika menerima diskaun dari Google One. Jika tidak harganya adalah mengikut kandungan, seperti RM8, RM10, RM13 ada adaa yang mencecah RM38. Senang cerita, Google Play Movies adalah gedung sewa/beli filem/siri TV.

Terkini, pihak XDA telah menemui satu fungsi menarik untuk Play Movies ini. Dalam kod untuk binaan akan datang, Google akan membenarkan filem ditonton secara percuma dengan iklan. Dalam kod tersebut, ia mencadangkan akan ada ratusan filem yang boleh ditonton percuma. Ini adalah perkara yang baik. Dengan PKP yang telah dilanjutkan, ramai orang akan terus berkurung. Jadi dengan ada pilihan menonton filem percuma, ia akan membuang perasaan tepu otak, kerana terlampau bosan.

Walau bagaimanapun, kod-kod ini kebiasaannya hanyalah cadangan, kemaskini akan datang atau sedang dipertimbangkan. Tidak pasti lagi, jika ia akan menjadi realiti. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN