Marshall Memperkenalkan Pembesar Suara Pintar Baharu “Uxbridge”

Marshall Memperkenalkan Pembesar Suara Pintar Baharu “Uxbridge”

Diterbitkan pada Mac 26, 2020 oleh .

Marshall adalah satu jenama audio premium. Mereka terkenal bukan sahaja kerana kualiti audio, tetapi rekaan produk-produk mereka adalah klasik moden yang cantik. Terkini, mereka telah hadir dengan pembesar suara pintar baharu – Uxbridge.

Uxbridge direka dengan saiz yang lebih kompak. Ia hanya mempunyai satu amp 30W, panel atas terdapat butang kawalan aras suara, bass dan treble. Rekaan panel butang kawalan ini dikatakan direka berasaskan kemence gitar. Marshall turut mempunyai aplikasi khas untuk kawalan pembesar suara mereka ini. Ia juga menyertakan sokongan Bluetooth, Spotify Connect dan Apple AirPlay.

Buat masa ini, ia hanya akan hadir dengan sokongan Alexa. Kelak, Marshall akan hadir dengan versi yang menyokong Google Assistant dan Tencent Xiaowei. Ia akan mula dijual pada bulan April di pasaran terpilih dengan tanda harga $199, iaitu sekitar RM868.



TIPS & ULASAN