Kilang-Kilang Foxxcon Dan Wistron Di India Ditutup Kerana Perintah Berkurung

Kilang-Kilang Foxxcon Dan Wistron Di India Ditutup Kerana Perintah Berkurung

Diterbitkan pada Mac 26, 2020 oleh .

India baru sahaja mengumumkan perintah berkurung bermula semalam sehingga tiga minggu akan datang, dan ini nampaknya akan memberikan impak negatif terhadap pembuatan dan pengeluaran peranti untuk masa yang terdekat.

Dua daripada syarikat pembuatan yang dilihat terkesan akibat perintah tersebut ialah Foxxcon dan juga Wistron, nama-nama yang cukup terkenal didalam industri pembuatan peralatan dan peranti teknologi.

Kedua-dua syarikat ini terkenal untuk pembuatan pelbagai peranti jenama popular, tetapi di India, kilang-kilang kedua-dua syarikat ini biasanya digunakan untuk membangunkan peranti iPhone generasi sebelum ini, dan juga peranti dan aksesori lain untuk pasaran tempatan di India.

Menurut laporan Bloomberg, seorang jurucakap Wistron berkata bahawa penutupan kilang sewaktu tempoh perintah berkurung ini adalah sementara sahaja, dan tidak akan terlalu menjejaskan pengeluaran produk, dimana ia boleh menyambungkan operasi dengan cepat apabila perintah berkurung tersebut berakhir.


TIPS & ULASAN