Galaxy Tab A 8.4” (2020) Dilancarkan – 10 Jam Bateri & Android Pie

Galaxy Tab A 8.4” (2020) Dilancarkan – 10 Jam Bateri & Android Pie

Diterbitkan pada Mac 26, 2020 oleh .

Samsung Galaxy Tab A adalah siri tablet Samsung yang sering dijual pada harga mampu milik. Ia berkali ganda lebih murah dari siri Galaxy Tab S. Kali ini, Samsung telah hadir dengan Samsung Galaxy Tab A 8.4″ 2020. Mengikut nama produknya sendiri, tablet ini mempunyai skrin bersaiz 8.4-inci, resolusi 1920 x 1200 dengan nisbah 16:10.

Tablet ini dijana dengan cip Exynos 7904 dan dipadankan dengan memori 3GB RAM dan storan dalaman 32GB. Storan turut boleh dikembangkan dengan kad memori microSD. Ia menjalankan sistem operasi OneUI berasaskan Android 9.0 Pie. Tiada sokongan DeX, tetapi ia mempunyai sokongan port bicu audio 3.5mm dengan pembesar suara stereo Dolby Atmos. Berbeza dengan Galaxy Tab A sebelum ini, S-Pen tidak terbina pada bahagian bawah tablet.

Kamera adalah 5MP untuk swafoto dan 8MP kamera utama. Bateri pula adalah sebesar 5000mAh dengan ketahanan sehingga 10 jam. Tablet ini boleh dicas melalui USB-C, dan dibina daripada bahan binaan besi. Galaxy Tab A 8.4-inci 2020 ini dilancarkan khusus untuk set telko Verizon di luar negara sahaja. Jadi hanya ada satu variasi, iaitu 4G. Harga jualan pula adalah $279.99, iaitu sekitar RM1219.


TIPS & ULASAN