Maybank Tawar Promosi Tambahan Untuk Tambah-Nilai Hotlink, Digi Dan Xpax

Maybank Tawar Promosi Tambahan Untuk Tambah-Nilai Hotlink, Digi Dan Xpax

Diterbitkan pada Mac 26, 2020 oleh .

Maybank hari ini telah hadir dengan promosi khusus bagi para pengguna prabayar yang melakukan tambah-nilai menggunakan Maybank2U atau MAE – sekaligus menawarkan kredit tambahan atau internet percuma bersama tambah-nilai.

Melalui promosi yang disediakan Maybank sehingga 30 April 2020 kelak, mereka menawarkan promosi ini khusus untuk pengguna Hotlink, Digi dan juga Celcom.

Maybank Internet Percuma

Untuk pengguna Hotlink, setiap tambah-nilai yang dilakukan bernilai RM30 dan ke atas, akan diberikan kredit percuma sebanyak RM3. Kredit ini akan diberikan pada akaun anda pada sehari selepas tambah-nilai berkenaan dilakukan.

Untuk pengguna Digi pula, pengguna akan diberikan dengan tolen internet percuma sebayak 3GB yang boleh digunakan dalam masa 24 jam. Promosi Digi ini diberikan untuk tambah-nilai RM30 ke atas, dan boleh dtebus melalui aplikasi MyDigi.

Dan akhir sekali, pengguna Celcom Xpax yang membuat tambah-nilai RM30 dan ke atas pula, akan diberikan dengan internet percuma 2GB yang perlu digunakan dalam tempoh masa 48 jam.

Seperti biasa, promosi ini tertakluk kepada pengguna yang melakukan tambah-nilai melalui Maybank2U atau MAE – sama ada melalui pelayar web atau aplikasi mudah-alih berkenaan.


TIPS & ULASAN