Carian
Kini Anda Boleh Sewa Komputer Desktop Permainan Sementara Di Rumah – Bermula RM200 Untuk 2 Minggu
March 26, 2020 Aman

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan, ramai yang telah mula bekerja dari rumah. Ada kalanya, mungkin anda mempunyai kekangan, atau ingin memerlukan komputer lebih berkuasa – untuk tugasan multimedia, atau untuk menikmati permainan. Untuk mengatasi masalah berkenaan, kini Orange Esports Cafe bersama-sama Logitech Malaysia hadir dengan penawaran sewa komputer desktop di rumah.

Play At Home

Dinamakan sebagai “Play@Home Rental Initiative”, pengguna boleh memilih dua penawaran desktop dengan spesifikasi berbeza, dan memilih untuk menyewanya selama dua minggu atau selama sebulan.

Pakej asas hadir dengan cip Intel Core i5 generasi ke-6, memori 16GB RAM, dan kad grafik GTX 1050Ti. Ia turut menyertakan monitor BenQ 24-inci, selain papan kekunci dan tetikus Logitech. Ia ditawarkan pada harga bermula RM200 untuk sewa selama dua minggu, atau RM350 untuk sewa sebulan.

Menariknya, komputer ini turut hadir dengan permainan terpasang seperti Dota 2, CS:GO, Fortnite, APEX Legends dan juga PUBG.

Buat masa ini, perkhidmatan sewa komputer ini ditawarkan di Lembah Klang sahaja, dan komputer akan dihantar terus ke rumah anda, terhad sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini sahaja.

Komen