Acer Nitro 5 Dikemaskini Dengan CPU Intel Generasi Kesembilan Dan Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1660Ti

Acer Nitro 5 Dikemaskini Dengan CPU Intel Generasi Kesembilan Dan Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1660Ti

Diterbitkan pada Mac 26, 2020 oleh .

Di waktu perintah kawalan pergerakan yang baru sahaja dilanjutkan hingga 14 April ini, jika anda sedang mencari sebuah komputer riba gaming dengan harga yang tidak terlalu mahal, Acer Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah mengemaskini model Acer Nitro 5 mereka dengan spesifikasi baru.

 

 

Ia masih mempunyai rekaan dan saiz paparan yang sama pada 15.6 inci pada resolusi Full HD dengan kadar segar semula 120Hz. Berbanding dengan model sebelum in, ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-9750H, memori DDR4 sebanyak 8GB dan storan SSD PCIe sebesar 512GB.

Acer turut menaiktarafkan kebolehan pemprosesan grafik Acer Nitro 5 ini dengan memuatkan sebuah kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1660Ti kedalamnya, yang membolehkannya menggerakkan pelbagai permainan komputer moden pada resolusi Full HD dan tetapan tinggi tanpa masalah.

Acer Nitro 5 ini sudahpun mula dijual di kedai atas talian mereka di Lazada pada harga RM4499.



TIPS & ULASAN