Huawei Mengacah Fungsi & Ciri Baru EMUI 10.1

Huawei Mengacah Fungsi & Ciri Baru EMUI 10.1

Diterbitkan pada Mac 26, 2020 oleh .

EMUI adalah sistem operasi yang digunakan oleh peranti-peranti Huawei. Ia masih dibina berasaskan Android dan belum lagi Harmony OS. Sehingga hari ini, ia sudah mencapai versi EMUI 10 yang dibina berasaskan Android 10. Hari ini, Huawei akan melancarkan EMUI terbaru iaitu EMUI 10.1 bersama-sama dengan Huawei P40 Pro.

Di Twitter rasmi EMUI, mereka telah mengacah beberapa ciri dan fumgsi baru yang akan diperkenalkan dalam EMUI 10.1 Kicauan pertama adalah gambar telefon klasik dengan ganggang telefon. Ia memberi petanda yang mereka akan hadir dengan cara panggilan telefon baru. Mungkin akan bersaing dengan S20 yang menggunakan Google Duo, adakah Huawei akan perkenalkan satu alternatif lain?

Kedua adalah grafik multi-tugasan. Cara multi-tugasan baru yang Huawei perkenalkan adalah pada Huawei Mate XS dan MatePad Pro pada bulan lalu di Barcelona. Mereka telah memperkenalkan API baru yang diberi nama Huawei App Multiplier. Adakah ini petanda fungsi yang sama akan diberikan pada telefon pintar juga? Akhir sekali adalah petanda untuk kemampuan permua serba baharu. Tidak begitu jelas apa yang mereka cuba sampaikan. Mungkin bantuan kecerdasan buatan?

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman mereka pada malam ini.


TIPS & ULASAN