Huawei Sound X Adalah Pembesar Suara Nirwayar Premium Huawei Dengan Audio Nirhilang

Huawei Sound X Adalah Pembesar Suara Nirwayar Premium Huawei Dengan Audio Nirhilang

Diterbitkan pada Mac 26, 2020 oleh .

Huawei hari ini bukan sahaja melancarkan siri Huawei P40, tetapi turut memperkenalkan beberapa produk lain seperti EMUI 10.1 dan aksesori audio. Terkini selepas beberapa bulan dilancarkan di China, Huawei buat pertama kalinya memperkenalkan Huawei Sound X untuk pasaran global. Ia adalah pembesar suara pintar, tetapi untuk pasaran global – ia tidak cukup pintar.

Huawei Sound X adalah pembesar suara Huawei dengan kerjasama Devialet. Devialet adalah syarikat yang pakar dalam bidang audio dan semua aksesori audionya adalah premium, seperti Devialet Phantom yang bernilai sekitar RM13,000. Untuk Sound X, ia adalah pembesar suara yang langsung tidak memerlukan subwooferi untuk hasil audio yang kuat dan lantang. Sebaliknya, Huawei menggunakan teknologi bernama Push-Push untuk membatalkan mana-mana getaran audio. Pembesar suara ini kemudiannya mempunyai enam pemacu audio terbina untuk memberi pengalaman pendengaran imersif yang meliputi 360 darjah, pementasan audio dari teknologi Huawei sendiri.

Pembesar suara ini turut mempunyai teknologi Sound Active Matching (SAM) untuk menghasilkan audio HiFi. Kemudian jika menambat P40 pada Sound X, ia akan memberi audio nirhilang dan masa pendam yang rendah. Ini adalah kerana peranti Huawei P40 menjalankan EMUI 10.1. Ini adalah kerana, EMUI 10.1 mempunyai Multi-Device Control Panel – iaitu jawapan Huawei kepada Apple AirPlay. Kemudian jika pengguna memiliki dua unit Sound X, ia amat mudah untuk diselarikan sebagai set pembesar suara stereo.

Jika di China, Sound X adalah sebuah pembesar suara pintar yang boleh mengawal segala peranti berhubung melalui aplikasi HiLink. Akan tetapi, fungsi ini terhad di negara China sahaja dan untuk pasaran global ia hanyalah sebuah pembesar suara nirwayar premium.


TIPS & ULASAN