Celia – Jawapan Kepada Siri Dan Google Assistant Daripada Huawei
March 26, 2020
Huawei
Aman
Bersama-sama pengenalan telefon pintar baru, Huawei turut mengumumkan pembantu maya digital mereka yang terbaru untuk pasaran global, dinamakan Celia.
Diaktifkan dengan panggilan “Hey, Celia”, ia dilihat sebagai jawapan pihak Huawei untuk Siri dan juga Google Assistant.
Seperti biasa, ia boleh digunakan untuk membuat panggilan, menghantar mesej, menetapkan temujanji, membuat carian pantas, bertanyakan cuaca, mengawal pemain media, mahupun membuat tetapan bunyi penggera.
Buat permulaan, ia akan ditawarkan dalam bahasa terhad – termasuk Inggeris dibeberapa buah negara sahaja. Ciri ini akan ditawarkan bermula Huawei P40 dalam bentuk kemaskini dalam bulan-bulan akan datang.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.