Huawei Watch GT 2e Kini Rasmi Dengan Bateri Bertahan Sehingga 14 Hari

Huawei Watch GT 2e Kini Rasmi Dengan Bateri Bertahan Sehingga 14 Hari

Diterbitkan pada Mac 26, 2020 oleh .

Sepasang jam tangan pintar baharu telah diumumkan oleh Huawei ketika acara pelancaran siri P40 sebentar tadi. Huawei Watch GT 2e adalah jam tangan yang sama seperti GT 2 asal cuma dengan rekaan fizikal yang dikemaskini.

Huawei Watch GT 2e ditawarkan denganskrin 1.39″ AMOLED berbentuk bulat dipadankan dengan pemproses Kirin A1, memori sebesar 16MB RAM, storan sebesar 4GB dan bateri sebesar 455 mAh. Seperti model sebelum ini, GT 2e akan mempunyai ketahanan bateri sehingga dua minggu atau 30 jam sekiranya GPS diaktifkan. Ini adalah spesifikasi yang sama dengan Watch GT 2.

Perbezaan dapat dilihat pada dua butang fizikal sisi yang kini berbentuk empat segi dan lebih rendah. Rekaan sambungan tali jam juga telah dilakukan dengan lubang berbentuk bulat dan sama seperti jam tangan pintar mesra aktiviti sukan lain di pasaran

Terdapat pengimbas nadi optikal, GPS dan pengesan tahap oksigen dalam darah. Jam tangan ini juga cukup pintar untuk mengesan sehingga 100 aktiviti sukan yang dilakukan pemakai. Tahap kemampuan kalis airnya ialah sehingga 50 meter dan akhir sekali sehingga 500 lagu boleh dimuatkan ke dalam untuk mendengar muzik ketika bersenam.

Di Eropah sepasang Huawei Watch GT 2e dijual pada harga €199 (~RM 954)


TIPS & ULASAN