Peranti mercu OnePlus kebiasaannya akan dilancarkan dua kali setahun. Variasi pertama pada pertengahan tahun dan variasi kemaskini pada sekitar hujung tahun. Namun untuk OnePlus 8, ia dijangka akan hadir lebih awal dari biasa. Sudah banyak berita mengenai peranti ini, seperti akhirnya akan mempunyai sokongan pengecasan nirwayar atau juga perlindungan kalis air dan debu IP68.
Exclusive: They're coming! Here is the full specification list of the #OnePlus8 & 8 Pro. Seems like #OnePlus8Pro is gonna be a beast with 6.78" 120hz QHD+ Display and 48+48+8+5MP Camera Setup. Will have 30W Wireless Charging & IP68 Rating too. I'm so excited! #OnePlus8Series pic.twitter.com/j1AAo19q4J
— Ishan Agarwal (@ishanagarwal24) March 25, 2020
Terkini, spesifikasi penuh OnePlus 8 telah tertiris. Ia mengesahkan yang OnePlus 8 Pro akan menyokong pengecasan nirwayar 30W, pengecasan nirwayar dua arah 3W dan mengekalkan pengecasan pantas berwayar Warp 30W. Skrin untuk variasi Pro dilihat menggunakan panel 120Hz, AMOLED bersaiz 6.78″ QHD+, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Ia dijana dengan Snapdragon 865 dan mempunyai sokongan 5G selain mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar – 4510mAh. OnePlus 8 Pro turut akan mempunyai perlindungan kalis air dan debu IP68. Tetapan kamera utama adalah gabungan empat lensa 48+48+8+5 Megapixel dan kamera swafoto 16MP.
Spesifikasi OnePlus 8 yang biasa pula secara keseluruhan adalah sama. Cuma ia tiada perlindungan kalis air IP68, tiada sokongan pengecasan nirwayar dan skrin bersaiz lebih kecil iaitu 6.55-inci sahaja. Paparan juga terhad kepada 90Hz dan FHD+ sahaja. Untuk kamera ia menggunakan 48+16+2 Megapixel. Seperti OnePlus 8 Pro, kamera swafoto juga adalah 16MP dalam skrin berlubang. Bateri juga lebih kecil, iaitu 4300mAh sahaja. Warna yang ditawarkan adalah biru, hitam dan hijau untuk versi pro. Manakala warna glow, hitam dah hijau versi biasa.
Bukan itu sahaja, imej pengolokan rasmi bagi OnePlus 8 Pro berwarna hijau turut tertiris. Panel belakang dilihat mengekalkan rekaan yang lebih kurang sama dengan OnePlus 7T Pro. Manakala pada bahagian hadapan, jelas sekali adalah rekaan yang sama dengan Oppo Find X2 Pro. Skrin yang sedikit melengkung pada kedua-dua sisi dan rekaan skrin berlubang untuk kamera swafoto. Warna hijau ini kelihatan berlainan dan unik. Tetapi konsep warna yang sama dengan warna biru pada siri OnePlus 7. Iaitu warna yang cair dan mempunyai cerun menjadi warna yang sedikit lebih gelap.