Huawei akhirnya telah pun melancarkan peranti mercu siri-P mereka yang terbaru, iaitu P40. Terdapat tiga variasi, P40, P40 Pro dan P40 Pro Plus. Setiap satu peranti ini memfokuskan kepada kamera dan mempunyai keunikan masing-masing yang tersendiri. Selain daripada itu, Huawei turut melancarkan beberapa aksesori rasmi peranti ini, seperti kerangka pelindung, pengecas nirwayar dna banyak lagi. Berikut adalah aksesori-aksesori untuk siri Huawei P40.
HUAWEI P40 Pro Glamorous Case adalah kerangka pelindung biasa sahaja. Ia dilihat direka khusus untuk para wanita, kerana keseluruhan kerangka ini disalut dengan kristal dari Swarvoski.
HUAWEI P40 Wireless Charging Case pula khusus untuk P40 sahaja. Dengan kerangka pelindung ini, ia akan membenarkan Huawei P40 mengecas peranti secara nirwayar pada kuasa 22.5W.
HUAWEI Snorkeling Case adalah kerangka pelindung kalis air tambahan. Ia mempunyai butang khusus yang boleh ditambat dengan pantas pada peranti Huawei. Ia akan memberi perlindungan tambahan 10m pada peranti Huawei.
HUAWEI P40 Pro Game Case pula adalah kerangka dengan butang kawalan. Ia direka khusus untuk mereka yang gemar bermain permua. Kerangka ini turut boleh ditambat dengan pantas melalui Bluetooth.
HUAWEI SuperCharge Wireless Charger Stand (Max. 40 W), pula adalah pengecas nirwayar pantas dari Huawei. Seperti anda sedia maklum, Huawei P40 Pro dan Pro Plus menyokong pengecasan nirwayar sehingga 40W. Jadi dengan pengecas nirwayar ini ia akan memberi kelajuan pengecasan nirwayar yang sama dengan pengecasan berwayar.
Terdapat banyak lagi aksesori lain yang dilancarkan seperti kerangka pelindung silikon biasa, kerangka pelindung flip dan banyak lagi. Yang kami senaraikan di atas adalah antara variasi yang sedikit istimewa berbanding dengan yang lain.