Carian
Chrome 83 Bakal Dilancarkan Tiga Minggu Lebih Awal – Pelancaran Chrome 82 Dibatalkan
March 27, 2020 Aman

Google sebelum ini telah menyatakan akan menangguhkan sementara penawaran kemaskini baru untuk pelayar web Chrome. Lanjutan daripadanya, kini pihak pembangun Chromium telah berkongsi beberapa info lanjut berkaitan dengannya.

Menurut mereka, pembangunan untuk saluran Beta, Dev dan Canary akan diteruskan semula pada minggu ini. Melaluinya kelak, pembangunan versi 83 akan dibawa kepada Dev, sementara M81 akan dibangunkan dalam saluran beta.

Dengan langkah ini, kita akan dapat melihat pelancaran Chrome 81 pada minggu April 7, sementara Chrome 83 pula akan dilancarkan pada pertengahan Mei 2020 kelak.

Pelancaran Chrome 82 akan dibatalkan, sementara Chrome 83 yang mengintegrasikan ciri-ciri dari Chrome 82 akan diperkenalkan tiga minggu lebih awal daripada yang dijadualkan.

Sebelum ini, Google menangguhkan sementara pelancaran Chrome disebabkan situasi semasa berkaitan kesihatan yang tidak menentu – sekaligus membawa kepada jadual kerja dan bentuk pembangunan yang perlu dioptimasikan semula.

Komen