Cari @ Amanz

Rakaman video selang masa (time lapse) adalah satu bentuk rakaman yang sangat kreatif. Lebih-lebih lagi jika terdapat kesan penggerakan dari kiri ke kanan atau putaran 360 darjah. Bentuk rakaman seperti ini kebiasaannya terkenal pada kamera aksi seperti GoPro.

Terkini, aplikasi kamera Moment untuk iOS telah dikemaskini dengan kemampuan rakaman video selang masa. Fungsi rakaman selang masa pada aplikasi kamera ini menyokong pelbagai pilihan selang masa, tetapan pengatup perlahan, jenis kabur, tempoh rakaman dan juga rakaman pada resolusi 4K. Bagi pengguna iPhone atau iPad, anda kini boleh membuat rakaman ini dengan mudah tanpa memerlukan kamera lain. Sudah semestinya, jika anda memiliki lensa modular dari Moment, hasil rakaman akan lebih sinematik – lebih-lebih lagi dengan lensa Anamorfik mereka.

Kemaskini ini adalah terhad untuk peranti iOS sahaja, kerana pembangunan aplikasi kamera Moment untuk Android telah dihentikan. Bagi yang berminat, aplikasi kamera Moment ini dijual pada harga RM24.90 sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd