Cari @ Amanz

Dengan lebih ramai yang kini bekerja dari rumah, atau duduk rumah, maka lebih banyak masa yang ada untuk mempelajari perkara baru. Selari dengannya, beberapa penyedia perisian telah mula melanjutkan tempoh percubaan perisian masing-masing.

Kini, tidak ketinggalan adalah Apple, dimana mereka telah melanjutkan sementara tempoh percubaan untuk Final Cut Pro X daripada 30 hari ke 90 hari.

Dengan langkah ini, pengguna akan mempunyai tempoh yang lebih lama untuk menguji perisian berkenaan – selain lebih mempelajari dan mendalami perisian berkenaan.

Bagi anda yang berhasrat mencuba Final Cut Pro X, mungkin ini adalah masa anda mempelajari perisian penyuntingan berkenaan – sebelum memilih untuk membelinya pada harga mencapai RM1299.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd