Kamera Polaroid Now Diumumkan Untuk Peminat Kamera Filem Segera Klasik

Kamera Polaroid Now Diumumkan Untuk Peminat Kamera Filem Segera Klasik

Diterbitkan pada Mac 27, 2020 oleh .

Impak kamera Polaroid kepada dunia fotografi masih dapat dilihat pada hari ini walaupun kita kini sudah berubah hampir sepenuhnya ke digital. Aplikasi Instagram mendapat inspirasi dari gambar empat segi filem dan ikon aplikasinya pula mirip kamera Polaroid. Syarikat Polaroid asal telah gulung tikar tetapi mereka kini kembali  dengan kamera Polaroid Now,

 Polaroid Now mengekalkan rekaan klasik kamera segera mereka tetapi dengan bucu yang lebih dibulatkan. Setiap kamera menggunakan fiem  i-Type yang boleh mengambil lapan gambar dalam setiap katrij. Polaroid Now dilengkapi lensa yang mempunyai sistem autofokus dan juga flash. Dengan sekali caj, Polaroid Now boleh mengambil sehingga 15 katrij gambar.

Selain kamera baharu, Polaroid turut melancarkan filem i-Type Black Frame dan i-Type Color Wave. Kedua-dua filem ini hadir dengan bingkai berwarna hitam dan pancar warna.

Ploaroid Now akan dijual pada harga $100 (~RM427) dalam pilihan warna putih, hitam, hijau, biru, kuning, merah dan oren. Katrij filem i-Type pula dijual pada harga $17 (~RM73). Pilihan


TIPS & ULASAN