Cari @ Amanz

Dyson Membangunkan Alat Bantuan Pengaliran Udara Baru Yang Direka Dalam Masa 10 Hari

Oleh Nazrin

Link Copied!

Dyson ialah sebuah jenama teknologi dari United Kingdom yang terkenal untuk mesin pembersih hampagas dan pengering rambut dan tangan mereka.

Untuk membantu dalam usaha pembasmian wabak COVID-19 yang sedang membelenggu dunia, syarikat tersebut telah membangunkan sebuah model alat bantuan pengaliran udara (ventilator ) baru yang dinamakan CoVent.

CoVent dibangunkan oleh Dyson dalam masa 10 hari menggunakan teknologi motor digital yang sama digunakan didalam peranti mesin pembersih hampagas mereka. Ia adalah alat ventilator mudah-alih yang boleh digerakkan menggunakan kuasa bateri jika perlu, dan menurut Dyson, cukup mudah untuk dibuat di kilang-kilang mereka.

Buat masa ini, Dyson bercadang untuk membina 5000 unit CoVent, dimana 1000 akan digunakan oleh pihak NHS di UK, dan selainnya di negara-negara lain.

Alat bantuan pengudaraan tersebut juga sedang menunggu kelulusan kawal selia, tetapi kerajaan UK telahpun menempah 10,000 alat CoVent tambahan untuk hospital-hospital mereka.


Komen ()