Cari @ Amanz

Sewaktu pengumuman Pakej Ransgangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang sedang berlangsung, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan wang sebanyak RM60 juta untuk 120,000 para pemandu perkhidmatan seru-pandu.

Melalui dana tersebut, pemandu seru-pandu akan menerima pembayaran satu kali sebanyak RM500 bermula 1 April kelak. Ini adalah sambungan kepada pengumuman pakej rangsangan sebelum ini, dimana para pemandu teksi menerima bantuan kewangan sebanyak RM600 yang sama.

Saya tahu pendapatan harian pemandu e-hailing sepenuh masa turut terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Bagi meringankan beban mereka, Kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60 juta. Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemandu teksi akan menerima bayaran one-off sebanyak RM600 mulai 1 April 2020.

Buat masa ini, ia tidak diketahui jika mereka yang bekerja dengan Grab Food ataupun FoodPanda akan menerima bantuan yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd