Kerajaan Akan Menawarkan Internet Percuma Untuk Semua Bagi Tempoh PKP Bermula 1 April 2020

Kerajaan Akan Menawarkan Internet Percuma Untuk Semua Bagi Tempoh PKP Bermula 1 April 2020

Diterbitkan pada Mac 27, 2020 oleh .

Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat, sekaligus turut menyentuh penawaran dalam industri telekomunikasi dan multimedia.

Menurut Perdana Menteri, beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi kepada semua pelanggan. Melalui pakej khas ini, pelanggan syarikat telekomunikasi berkenaan akan ditawarkan dengan internet percuma bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselematan tamat – dimana kini dijadualkan pada 14 April 2020.

Bagi industri telekomunikasi dan multimedia, beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi. Antara pakej khas yang akan ditawarkan ialah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan tamat. Selain itu, tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.

Buat masa ini, beberapa syarikat telekomunikasi telah mula menawarkan internet percuma kepada pelanggan mereka. Kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran ini, termasuk siapa yang akan menerimanya, dan bagaimana ia akan ditawarkan dalam masa terdekat ini.



TIPS & ULASAN