Cari @ Amanz

Google Duo merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan kemudahan panggilan video dikalangan pengguna dengan mudah. Sebelum ini, Google Duo hanya mengehadkan panggilan berkumpulan sehingga 8 orang sahaja – tetapi kini pihak Google memilih untuk memperluaskannya.

Kini, Google Duo menyokong sehingga 12 peserta pada sesuatu panggilan berkumpulan – sekaligus memudahkan lagi anda berinteraksi dengan rakan-rakan lain – terutamanya ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan kini.

Kemaskini ini telah pun diperkenalkan secara berperingkat, dan anda boleh melihatnya pada aplikasi Google Duo anda bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd