Huawei MatePad Pro Bakal Ditawarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Huawei MatePad Pro Bakal Ditawarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mac 27, 2020 oleh .

Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan tablet berkuasa tinggi terbaru mereka, iaitu Huawei MatePad Pro untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Huawei MatePad Pro

Huawei MatePad Pro hadir dengan skrin 10.8-inci dengan paparan 2K QHD, dijana cip Kirin 990, memori 8GB RAM, dan storan 256GB. Tablet ini turut hadir dengan bateri 7250mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W, selain turut menyokong pengecasan berbalik.

Tablet memfokuskan produktiviti ini turut hadir dengan sokongann aksesori papan kekunci, selain turut dilengkapi ciri menghubungkan ke telefon pintar untuk produktiviti yang lebih baik.

Pihak Huawei sekadar mengacah kehadiran tablet ini sahaja buat masa ini. Harga dan tarikh jualannya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.



TIPS & ULASAN