Cari @ Amanz

Kerajaan Sarawak Membangunkan Gelang Penjejakan Digital Untuk Mengawal Penularan COVID-19

Oleh Nazrin

Link Copied!

Kerajaan Sarawak, melalui Sarawak Multimedia Authority telah memperkenalkan gelang penjejakan digital yang menggunakan teknologi imbasan QR untuk menjejak semua orang yang memasuki negeri tersebut dan mengawal penularan wabak COVID-19.

Gelang tangan tersebut akan diberikan kepada semua orang yang dibenarkan memasuki Sarawak, dan akan diklasifikasikan dibawah salah satu daripada dua kategori, iaitu orang yang sedang disiasat (Person Under Investigation) dan Notis Duduk Rumah (Stay Home Notice) selama 14 hari.

Dibawah kategori PUI, terdapat dua lagi kategori tambahan, iaitu kuarantin rumah dan kuarantin hospital. Pelawat dibawah arahan kurungan akan diminta untuk mengimbas gelang mereka dua kali sehari untuk melaporkan situasi mereka dengan memasukkan maklumat yang diperlukan pegawai kesihatan Sarawak.

Maklumat yang dikumpul akan membolehkan pegawai-pegawai ini untuk membuat keputusan jika pelawat perlu dikuarantin dengan lebih lanjut ataupun mereka boleh dilepaskan.

Menariknya, menurut Sarawak Multimedia Authority, pembangunan gelang ini untuk kegunaan domestik mengambil masa tiga hari sahaja. Teknologi yang sama turut digunakan untuk menjejak mereka yang disyaki menghidap wabak COVID-19 di negara China, Singapura dan Korea Selatan.


Komen ()