Malaysia Dipilih Untuk Menguji Ubat Antiviral COVID-19 Remdesivir Oleh WHO

Malaysia Dipilih Untuk Menguji Ubat Antiviral COVID-19 Remdesivir Oleh WHO

Diterbitkan pada Mac 27, 2020 oleh .

Sewaktu pengumuman harian mengenai kes-kes wabak COVID-19 tempatan hari ini, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut mengatakan bahawa World Health Organisation (WHO) telah memiliih Malaysia sebagai tapak ujian ubat antiviral wabak tersebut.

Ubat antiviral tersebut dinamakan Remdesivir, dan menurut beliau, ubat tersebut akan diuji di hospital-hospital yang disahkan hospital COVID-19 seperti Hospital Sungai Buloh dan sebagainya.

Menurut beliau lagi, salah satu kriteria yang dititikberatkan oleh WHO ialah Malaysia mempunyai kepakaran kajian klinikal yang bertaraf dunia dan para penyelidik yang cukup bertauliah.

Tarikh ujian untuk ubat antiviral Remdesivir ini akan dijalankan selepas perbincangan lanjut dengan pihak WHO pada malam ini.



Paling Popular