U Mobile Akan Menawarkan 1GB Data Percuma Setiap Hari Bermula 1 April Sehingga PKP Tamat

U Mobile Akan Menawarkan 1GB Data Percuma Setiap Hari Bermula 1 April Sehingga PKP Tamat

Diterbitkan pada Mac 27, 2020 oleh .

U Mobile hari ini telah berkongsi informasi lanjut berkaitan internet percuma, mengatakan mereka akan menawarkan data percuma untuk semua pengguna prabayar, pascabayar dan juga jalur-lebar. U Mobile akan menawarkan 1GB data setiap hari bermula 1 April 2020 sehingga tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

U Mobile mengatakan data sebanyak 1GB ini boleh digunakan oleh pengguna setiap hari antara 8 pagi sehingga 6 petang.

Penawaran data percuma ini adalah hanya untuk pengguna aktif U Mobile sahaja, dan turut boleh digunakan untuk membuat hotspot. Pengguna akan menggunakan data percuma ini terlebih dahulu sebelum data daripada pelan langganan mereka digunakan.

U Mobile mengatakan pengguna boleh menebusnya dengan mendail *118*6# untuk prabayar, dan *118*7# untuk pascabayar – seterusnya memilih Special Offer. Penawaran internet percuma ini adalah bermula 1 April 2020.



TIPS & ULASAN