Cari @ Amanz

Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan ini, boleh dikatakan bahawa ramai pelanggan menggunakan kedai atas talian seperti Lazada dan Shopee untuk membeli barang-barang keperluan. Kedai-kedai tradisional juga sudah mula menggunakan perkhidmatan atas talian untuk menjual barangan-barangan mereka.

Justeru itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengumumkan bahawa caj untuk perkhidmatan pos dan kurier untuk barang-barang seberat 1kg kebawah hanya akan dicaj sebanyak RM5 sebelum cukai.

Kadar tersebut hanya ditawarkan kepada pengguna yang berdaftar di portal digital setiap penyedia perkhidmatan pos dan kurier dan ini adalah bertujuan untuk menggalakkan kaedah pembayaran secara digital.

Caj ini akan berkuatkuasa selama 6 bulan bermula 15 April sehingga 15 Oktober 2020 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd