Bill TNB Bulan Mac 2020 Akan Dianggarkan Berdasarkan Penggunaan Februari 2020 – Tiada Bil Bercetak, Hanya Digital

Bill TNB Bulan Mac 2020 Akan Dianggarkan Berdasarkan Penggunaan Februari 2020 – Tiada Bil Bercetak, Hanya Digital

Diterbitkan pada Mac 28, 2020 oleh .

Tenaga Nasional, kini telah mengemaskini laman utama MyTNB, sekaligus memaparkan notis berkaitan sedikit perubahan operasi TNB ketika Perintah Kawalan Pergerakan. Perubahan ini tertakluk kepada pengeluaran bil bermula 20 Mac 2020 dan seterusnya sehingga Perintah Kawalan Pergerakan tamat.

Menurut Tenaga Nasional, mereka akan mengeluarkan bil bulan Mac 2020 yang dianggarkan berdasarkan kepada penggunaan Februari 2020. Sebagai contoh, sekiranya bil bulan Februari 2020 anda adalah RM100, maka bil bulan Mac 2020 juga akan dianggarkan sekitar RM100.

Apa pun, bil Mac 2020 berkenaan akan dilaraskan apabila pembaca meter membuat bacaan sebenar pada meter penggunaan kelak.

TNB juga turut menekankan yang mana tiada bil bercetak yang dihantar pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Sebagai alternatif, pengguna boleh menyemak penggunaan dan bil semasa melalui portal rasmi MyTNB atau aplikasi rasmi myTNB.



TIPS & ULASAN