Spesifikasi Penuh Vivo V19 Diperlihatkan Melalui Laman Rasmi Vivo Malaysia

Spesifikasi Penuh Vivo V19 Diperlihatkan Melalui Laman Rasmi Vivo Malaysia

Diterbitkan pada Mac 28, 2020 oleh .

Vivo Malaysia kini telah mengemaskini halaman rasmi mereka, sekaligus turut menambah produk baru yang dinantikan ramai, iaitu Vivo V19. Kemaskini ini memaparkan gambaran jelas peranti berkenaan, selain turut menunjukkan spesifikasi penuh yang bakal dibawakan olehnya.

Vivo V19

Daripada apa yang dipaparkan, Vivo V19 akan hadir dengan skrin 6.44-inci dengan paparan FHD+ Super AMOLED, dijana cip Snapdragon 712, memori 8GB RAM dan storan 128GB. Peranti ini turut menyertakan bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan 33W.

Untuk rakaman gambar swafoto, Vivo V19 menyertakan dwi-kamera hadapan dengan sensor 32MP + 8MP – sekaligus menyertakan ciri rakaman video potrait dan juga sokongan rakaman swafoto sudut lebar. Untuk kamera belakang, ia menyertakan empat kamera gabungan 48MP + 8MP + 2MP + 2MP.

Lain-lain ciri-ciri yang disertakan termasuk sokongan dwi-SIM bersama mikro-SD, selain pengimbas cap jari atas skrin.

Buat masa ini, harga jualan dan tarikh jualan telefon pintar ini masih tidak diketahui lagi. Memandangkan peranti ini masih tidak dilancarkan secara rasminya lagi, maka masih terdapat kemungkinan yang mana spesifikasi akhir sedikit berbeza dengan apa yang dipaparkan.



TIPS & ULASAN