Cari @ Amanz

Beberapa syarikat telah mula memfokuskan kepada penawaran platform permainan awanan akhir-akhir ini, antaranya termasuk Google, Amazon, Sony dan juga Microsoft. Kini, turut tidak ketinggalan adalah Huawei.

Tencent dan Huawei kini telah pun mengumumkan kerjasama untuk pembangunan platform permainan awanan. Tencent seperti ramai sedia maklum, mempunyai pelbagai permainan yang diterbitkan oleh mereka, dan merupakan syarikat permainan terbesar di dunia.

Huawei pula sedia terkenal dengan pembangunan infrastruktur dan cip pemprosesan. Dengan kerjasama kedua-dua pihak ini, mereka akan melihat kepada sejumlah arena berkaitan dengan permainan awanan – termasuk untuk kecerdasan buatan dan juga realiti terimbuh dalam permainan.

Buat masa ini, mereka hanya sekadar mengumumkan kerjasama dan melancarkan makmal inovasi. Kita mungkin mendengar lanjut daripada mereka dalam tahun-tahun akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd