Astro Mengubah Nombor Saluran-Saluran Mereka Pada 1 April Ini

Astro Mengubah Nombor Saluran-Saluran Mereka Pada 1 April Ini

Diterbitkan pada Mac 30, 2020 oleh .

Sebagai pelanggan Astro sejak lebih sedekad lamanya, kami sudah boleh menghafal nombor saluran-saluran yang ditawarkan. Sebagai contoh 104 ialah nombor untuk Astro RIA dan 811 pula adalah untuk Astro Supersport. Tetapi pada 1 April 2020, pengguna perlu menghafal nombor-nombor baharu kerana perubahan akan dilakukan pada beberapa saluran yang ditawarkan pada resolusi SD dan HD

Saluran HD akan mengambil alih nombor saluran yang dahulunya adalah. untuk saluran SD. Sebagai contoh Astro RIA HD kini diakses menerusi saluran 104 dan Astro RIA pula ke 124. Astro SuperSport HD kini di saluran 811 dan Astro SuperSport berpindah ke 831.  Saluran yang selama ini hanya ditawarkan pada resolusi SD seperti RTM dan TV3 tidak akan mengalami sebarang perubahan.

Untuk senarai lengkap nombor saluran-saluran yang ditawarkan oleh Astro boleh diakses menerusi pautan ini.



TIPS & ULASAN