Cari @ Amanz

Office 365 Akan Dijenamakan Semula Sebagai Microsoft 365 Pada April 22 Kelak

Oleh Nazrin

Link Copied!

Microsoft Office 365 boleh dikatakan perisian produktiviti terbaik yang ada di pasaran sekarang. Terdiri daripada Microsoft Office, PowerPoint, Excel dan Outlook, satu kumpulan perisian ini boleh melakukan pelbagai jenis tugasan yang diperlukan didalam sebuah pejabat tanpa masalah.

Microsoft baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menjenamakan semula perisian tersebut kepada Microsoft 365, iaitu perisian yang sama dengan ciri-ciri tambahan.

Diantara ciri-ciri tambahan ini termasuklah Editor for Word, Money in Excel dan Presenter Coach untuk PowerPoint. Ciri-ciri terbaru termasuklah ciri keselamatan digital Family Safety dan juga sokongan untuk platform kolaborasi Microsoft Team untuk pengguna.

Menurut Microsoft, Office 365 akan dijenamakan semula sebagai Microsoft 365 menjelang 22 April kelak. Buat masa ini, tanda harga Office 365 yang bermula dari RM259 setahun ataupun RM27 sebulan, dan Microsoft belum mengumumkan lagi jika tanda harga perisian ini akan berubah ataupun tidak.


Komen ()