Cari @ Amanz

Pada tahun 2016, Nike MAG dilancarkan sebagai kasut swaikat pertama keluaran mereka. Yang menjadikan MAG menarik ialah pada asalnya ia sekadar kasut fantasi dari filem Back To The Future. Ini diikuti pula oleh Nike Hyper Adapt 1.0, Adapt BB dan Adapt Huarache. Pada hujung minggu lalu, Adapt Auto Max pula dilancarkan,

Dari segi rekaan ia mempunyai sistem lampu seperti Adapt BB dan Adapt Huarache. Ia dihasilkan sempena ulang tahun ke-33 Nike Air Max. Kasut ini mempuyai kemasan berwarna kelabu dengan tapak getah berwarna kuning yang diberi nama Motherboard.

Seperti kesemua kasut swaikat mereka, Nike Adapt Auto Max boleh dikawal menggunakan aplikasi telefon pintar, Apple Watch dan arahan suara pembantu maya Siri. Sepasang Nike Adapt Auto Max dijual pada harga $400 (~RM1737).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd