Carian
Realme X2 Pro Akhirnya Menerima Kemaskini Realme UI Berasaskan Android 10
March 30, 2020 Fahim Zahar

Realme X2 Pro adalah peranti mercu pertama Realme yang masuk ke pasaran Malaysia. Dari segi spesifikasi yang ditawarkan dan harga jualan, ia bersaing dengan OnePlus 7T, seperti mempunyai skrin 90Hz, AMOLED, dijana Snapdragon 855 dan kemampuan kamera yang boleh diterima. Namun, berbeza dengan OnePlus 7T – Realme X2 Pro ketika dilancarkan masih lagi menjalankan Color OS berasaskan Android 9 sedangkan OnePlus sudah menjalankan Android 10.

Akhirnya, hari ini Realme telah mula mengedarkan kemaskini stabil Android 10 untuk Realme X2 Pro. Ia hadir melalui antaramuka baharu Realme, iaitu Realme UI. Walaupun secara keseluruhan adalah sama lagi dengan Color OS, ia masih hadir dengan beberapa ciri unik tersendiri dan jelas kelihatan Realme sedang berusaha untuk tidak lagi bergantung kepada Oppo.

Dalam kemaskini ini, Realme membawakan pelbagai perubahan antaramuka seperti visual baharu, kemampuan tangkapan skrin yang lebih baik, sokongan kawalan gestur penuh 3.0, menyokong Focus Mode yang diintegrasikan pada Digital Wellbeing, sekuriti tambahan, pengoptimasian pada kamera dan sistem dan banyak lagi. Tekan pautan sumber di bawah untuk senarai log perubahan penuh. Kemaskini ini akan hadir secara berperingkat kepada semua. Jadi, rajin-rajin semak notifikasi anda untuk mula muat turun.

Secara alternatif, muat turun fail kemaskini di bawah untuk memasang secara manual.

Komen