Cari @ Amanz

Honor hari ini telah melancarkan telefon pintar baru dibawah siri Honor 30, iaitu Honor 30S. Telefon pintar baru ini hadir dengan spesifikasi pertengahan, dan menggunakan cip pemprosesan berspesifikasi pertengahan terbaru, iaitu Kirin 820 5G.

Honor 30S

Honor 30S hadir dengan skrin 6.5-inci FHD+ LCD, menggunakan rekaan skrin berlubang untuk meletakkan kamera swafoto 16-megapixel, dilengkapi memori 8GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Untuk GPU, ia menyertakan GPU Mali-G57 MC6.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah empat-kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel + 8MP (ultra-lebar) + 8MP (telefoto) + 2MP (makro).

Honor 30S turut hadir dengan bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W.

Buat masa ini, telefon pintar ini hanya diumumkan di China sahaja, dan akan dijual disana pada harga bermula CNY 2,399, iaitu sekitar RM1460. Tidak diketahui lagi sama ada telefon pintar ini akan diperkenalkan untuk pasaran global atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd