Carian
Google Membatalkan Perkongsian Lawak Jenaka April Fool Untuk Tahun Ini
March 31, 2020 Aman

Setiap tahun, kita akan melihat pelbagai syarikat teknologi hadir dengan lawak jenaka kreatif pada tarikh 1 April. Tidak ketinggalan adalah Google yang sering hadir dengan sejumlah lawak jenaka berbeza mengikut produk dan negara – yang sering mencuit hati ramai pengguna seluruh dunia.

Namun, untuk tahun 2020 ini, Google dilihat membatalkan hasrat berkenaan. Melalui emel yang dikongsikan kepada Business Insider, Google dikatakan mengatakan supaya membatalkan perkongsian lawak jenaka untuk 1 April tahun ini, dan mungkin hadir dengan lawak seperti biasa pada tahun akan datang. Google dilihat mengambil langkah ini dalam menghormati semua orang yang kini “berperang” dengan Covid-19.

Buat masa ini, tidak diketahui lagi sama ada syarikat teknologi lain akan meneruskan lawak jenaka mereka, atau turut mengambil langkah untuk membatalkannya untuk tahun 2020 ini.

Komen