Ini Ialah Telefon Pintar Dengan Papan Kekunci Fizikal 5G Pertama Dunia
Artikel Berkaitan

Ini Ialah Telefon Pintar Dengan Papan Kekunci Fizikal 5G Pertama Dunia

Diterbitkan pada Mac 31, 2020 oleh .

Sudah 12 tahun iPhone dilancarkan dan mengubah rekaan telefon mudah alih dari penggunaan papan kekunci fizikal ke atas skrin sepenuhnya. Sungguhpun begitu masih terdapat sebilangan kecil pengguna yang masih memerlukan peranti dengan papan kekunci fizikal kerana kebolehan menaip lebih pantas. Dengan Blackberry tidak lagi dihasilkan, kekosongan pasaran ini diisi oleh Planet Computers Astro Glide 5G Transformer.

Ia adalah telefon pintar dengan papan kekunci fizikal melungsur pertama yang menyokong rangkaian 5G. Peranti dilengkapi skrin 6.53″, dijana cip Mediatek Dimensity 1000, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 128GB, kamera utama 48MP, kamera hadapan 5MP dan bateri sebesar 4000 mAh. Sistem operasi yang digunakan ialah Android 10 dan Linux.

Papan kekunci fizikal mempunyai sokongan lampu untuk menaip pada waktu malam dan boleh diletakkan pada sudut mendongak untuk memudahkan proses menaip. Sebuah bicu audio disertakan tetapi paling menarik ialah dunia port USB-C diletakkan pada setiap sisi peranti.

Pada waktu ini Astro Glide 5G Transformers sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama Indiegogo dan harga jualan ialah RM 2,328 sebuah. Jika tempahan dilakukan, peranti hanya akan diterima pada Mac 2021.

 



TIPS & ULASAN