Cari @ Amanz

Selain Honor 30s, Honor Play 9A turut dilancarkan serentak dan ia adalah sebuah peranti kelas permulaan yang dilegjkapi skrin 6.3″ LCD HD+, dijana cip MediaTek Helio P35, memori sebesar 4GB RAM dan storan sehingga 128GB dengan sokongan kad mikro SD sehingga 512GB.

Kamera utama 13+2 Megapixel dipadankan dengan kamera swafoto 8-Megapixel. Sensor sekunder pada kamera utama digunakan untuk mengesan kedalaman. Memandangkan ia adalah kamera kelas permulaan, peranti hanya boleh merakam video pada resolusi 1080P 30FPS sahaja.

Bateri sebesar 5000 mAh yang disertakan menyokong pengecasan 10W sahaja menerusi port mikroUSB. Terdapat sebuah pengimbas cap jari pada panel belakang dan bicu audio 3,5mm. Melengkapi spesifikasi peranti ialah penggunaan sistem operasi Android 10 dengan pelancar Magic UI 3.0.1. Di China Honor Play 9A ditawarkan pada harga bermula dari RMB 900 (~RM 549) sebuah.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd