Honor Malaysia hari ini telah mula menghantar jemputan media, untuk acara pelancaran maya bagi produk-produk baru Honor yang dijadualkan pada 7 April 2020 kelak.
Melalui acara pelancaran maya berkenaan kelak, pihak Honor Malaysia menjadualkan untuk memperkenalkan tiga peranti baru, iaitu Honor 9X Pro, Honor MagicBook dan juga Honor MagicWatch 2.
Dua produk yang akan mencuri perhatian ramai adalah telefon pintar dan juga komputer riba daripada Honor. Komputer riba Honor yang dinamakan MagicBook ini bakal dijana sistem operasi Windows, dan dijangka menawarkan harga jualan yang kompetitf.
Sementara Honor 9X Pro pula bakal hadir dengan cip Kirin 810, menggunakan rekaan kamera swafoto pop-naik, bateri 4000mAh dan tri-kamera belakang.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 7 April ini untuk melihat sendiri pelancaran dan pengumuman harga jualan telefon pintar ini untuk pasaran Malaysia.